Ahad, 23 Januari 2011

Kelas Asas Solekan 23 Jan 2010

Assalamualaikum semua. :)

Alhamdulillah hari ahad yang baru lepas ni, tiga orang lagi peserta telah pun menyertai Kelas Asas Solekan bersama SongketSutera Andaman untuk mempelajari teknik2 solekan untuk jenis2 solekan waktu siang dan malam juga.

Kelas untuk hari minggu lepas ni hanya dilakukan selama sehari iaitu pada hari Ahad sahaja. Tapi walaupun sehari pasti banyak ilmu solekan yang dapat ditimba.

Ada juga peserta dari kelas lepas yang turut serta untuk praktis cara mengaplikasikan solekan dengan lebih tepat. :)

Peserta2 Puan Sue minggu ini semua pun cantik2 belaka dan bila dah join Kelas Asas Solekan ni bertambah2 cantik masing masing. Tak caya? Jom tengok. Hehe


Gelagat dan aksi peserta ketika kelas sedang dijalankan.






Para peserta dengan sijil penyertaan masing2.

Puan Sue bersama2 peserta Kelas Asas Solekan 23 Januari 2010

Jadi anda bila lagi?? Hehehe... Jangan lupa layari laman fanpage SongketSutera Andaman di facebook. Just search SongketSutera Andaman je pasti jumpe. :)

Ahad, 16 Januari 2011

Kelas Asas Solekan

Hari minggu yang lepas Sabtu dan Ahad, SongketSutera Andaman telah menerima empat orang peserta yang berminat untuk mempelajari teknik asas solekan. Kelas yang diadakan selama dua hari itu dilakukan di kedai SongketSutera Andaman bertempat di Pandan Indah.

Puan Sue bergambar kenangan dengan para peserta Kelas Asas Solekan.


Pelbagai gelagat lucu dapat dilihat ketika sesi pembelajaran dijalankan. Keadaan yang lebih santai membuatkan peserta agak senang untuk mengadaptasikan teknik teknik yang diajar dengan mudah. Diharapkan para peserta enjoy sepanjang kelas asas dijalankan. :) Lepas ni jangan lupa praktiskan segala teknik agar solekan menjadi lebih kemas dan rapi.

Tiga jenis solekan telah diajar kepada para peserta. Tengok la sendiri peserta2 Kelas Asas Solekan SongketSutera Andaman yang betul2 tekun sewaktu belajar. Hasilnya walaupun baru je belajar tapi dah mampu menghasilkan satu hasil yang sungguh memuaskan. Tahniah buat mereka.








Auntie Mai adalah peserta termuda yang menyertai kelas ni. :p Inilah yang dikatakan usia bukan penghalang, asalkan ada kemahuan dan keinginan untuk kelihatan lebih cantik. Bravo Auntie Mai!!!




Jadi apa lagi? Kalau anda berminat untuk turut serta dalam Kelas Asas Solekan bersama SongketSutera Adaman rajin2 la singgah blog kami ni. Puan Sue tak garang, so jangan takut2 atau malu2 nak join ye. :p






Khamis, 13 Januari 2011

Selamat Pengantin Baru Alida & Faisal

Assalamualaikum pembaca SongketSuteraAndaman.com.

Alhamdulillah pada 8 Januari yang lepas team SongketSutera Andaman telah berjaya merealisasikan serta menjayakan Majlis Resepsi bagi pasangan Alida dan Faisal bertempat di Au5 Keramat.

Team SongketSutera Andaman mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan pengantin. Semoga berbahagia selalu dan berkekalan hingga ke akhir nyawa. (",)V



Berseri2 pengantin perempuan pada malam hari tu.

Rabu, 5 Januari 2011

PELAMIN PANEL ASTANA

PINTU GERBANG

PINTU GERBANG


PINTU GERBANG


PELAMIN SILANG


PELAMIN SWEET


PELAMIN QASEH


PELAMIN CINTA


PELAMIN MANJA

Ahad, 2 Januari 2011

Aisyah & Zamri





Mona & Shahir






Aimi & Syuk