Ahad, 16 Januari 2011

Kelas Asas Solekan

Hari minggu yang lepas Sabtu dan Ahad, SongketSutera Andaman telah menerima empat orang peserta yang berminat untuk mempelajari teknik asas solekan. Kelas yang diadakan selama dua hari itu dilakukan di kedai SongketSutera Andaman bertempat di Pandan Indah.

Puan Sue bergambar kenangan dengan para peserta Kelas Asas Solekan.


Pelbagai gelagat lucu dapat dilihat ketika sesi pembelajaran dijalankan. Keadaan yang lebih santai membuatkan peserta agak senang untuk mengadaptasikan teknik teknik yang diajar dengan mudah. Diharapkan para peserta enjoy sepanjang kelas asas dijalankan. :) Lepas ni jangan lupa praktiskan segala teknik agar solekan menjadi lebih kemas dan rapi.

Tiga jenis solekan telah diajar kepada para peserta. Tengok la sendiri peserta2 Kelas Asas Solekan SongketSutera Andaman yang betul2 tekun sewaktu belajar. Hasilnya walaupun baru je belajar tapi dah mampu menghasilkan satu hasil yang sungguh memuaskan. Tahniah buat mereka.








Auntie Mai adalah peserta termuda yang menyertai kelas ni. :p Inilah yang dikatakan usia bukan penghalang, asalkan ada kemahuan dan keinginan untuk kelihatan lebih cantik. Bravo Auntie Mai!!!




Jadi apa lagi? Kalau anda berminat untuk turut serta dalam Kelas Asas Solekan bersama SongketSutera Adaman rajin2 la singgah blog kami ni. Puan Sue tak garang, so jangan takut2 atau malu2 nak join ye. :p






0 ulasan:

Catat Ulasan