Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru 2012!


Assalamualaikum sahabat2 Songket Sutera Andaman. Bersempena dengan kedatangan tahun baru 2012. Team SongketSutera Andaman ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru dan doa kami agar tahun 2012 ini memberi berjuta kerahmatan dan kebahagian buat kita semua. InsyaAllah. Kami juga berharap para pelanggan suka dengan penampilan baru website kami yang lebih segar dan simple. Bak kata orang, sejuk mata memandang. Harap2 begitulah.

Kepada pelanggan2 yang kami sayangi, jutaan terima kasih kerana mewarnai tahun 2011 kami dengan penuh kegembiraan dan hilai tawa. Kami bukan sahaja dapat pelanggan di tahun 2011, malah kami juga dapat meluaskan persahabatan diantara Team SongketSutera Andaman dan juga pelanggan2 kami. Terima kasih kerana memilih kami untuk turut serta meraikan hari bahagia anda.

Dan kami juga tak lupakan bakal2 pelanggan kami di tahun 2012 ini. Kami bersedia dan dengan lapang dada untuk bersama2 dengan anda membawa impian perkahwinan anda menjadi kenyataan. Jadi, tengok2 lah senarai pakej kami, mana tau ada yang menang dihati. Hubungi je kami untuk segala persoalan yang bermain di minda. InsyaAllah, kami bersedia membantu segala kesulitan anda.

Akhir sekali, Selamat Tahun Baru kepada semua. InsyaAllah, ayuh jadikan 2012 tahun terbaik dalam hidup kita. Amin.

Team SongketSutera Andaman.

0 ulasan:

Catat Ulasan